Netizen pun setuju dengan jawapan Maryam.
Ditegur kerana tak mengajar anak umur dua tahun cara makan yang betul mengikut adab Muslim, Maryam You Narae, personaliti media sosial, tampil balas komen netizen dengan tenang dan sedikit sindiran.
Dalam video TikTok yang dimuat naik Rabu lalu, Maryam, 32, menjawab dengan nada berseloroh: "Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan... Baguslah. Tak mengapa, saya akan cuba ajar dia (Rina)."
Sebelum itu, seorang pengguna TikTok tinggalkan komen tak puas hati dengan cara anak Maryam makan, katanya, "Tolong ajar dia cara makan yang betul kerana kita adalah Muslim. Terima kasih."
Komen tersebut mencetuskan perdebatan di kalangan netizen. Ramai yang rasa perkara tu tak patut dipersoalkan kerana Rina masih kecil. Ada yang balas, "Apa yang tak makan macam Muslim? Makan tangan kanan, duduk elok-elok dekat kerusi. Bukannya anak dia makan guna kaki."
Ada juga yang rasa kecewa dengan sikap sesetengah orang Islam terhadap mualaf, "Kecewanya saya orang Islam layan kami mualaf seperti ini, tak salah bagi nasihat tapi biarlah logik."
Rina, anak hasil perkahwinan Maryam dengan influencer Ryzal Ibrahim, sering mencuri perhatian ramai dengan telatahnya yang comel. Pasangan ini berkahwin pada 15 Ogos 2019.
Kalau korang rasa artikel ni best, jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan ya! Klik butang share dan sebarkan kasih sayang! 😊
👉 Jangan lupa share artikel ni! Tekan butang share tu dan kongsi dengan kawan-kawan korang. Mana tahu, ada yang boleh ambil pengajaran atau sekadar nak gelak sama-sama. Terima kasih kerana membaca!