Ning Baizura Perjelas Isu: “Siapa Rafah?” – Jangan Terus Menilai Sebelum Tahu Cerita Sebenar!


Korang pernah tak rasa salah faham yang besar? Itu lah yang dialami oleh penyanyi terkenal, Ning Baizura, baru-baru ini. Pada 14 April lalu, semasa buat siaran langsung di Instagram, Ning dituduh tak peka dengan isu Palestin kerana bertanya, “siapa Rafah?” Sampai kecoh satu Malaysia! Tapi, sebelum korang terus buat spekulasi, jom kita dengar penjelasan sebenar dari Ning sendiri.


Ning, yang kini berusia 49 tahun, kata reaksi tu tak sengaja pun. Masa tu dia tengah struggle nak sebut nama peminat. Bayangkan tengah syok-syok baca komen, tiba-tiba ada nama yang susah nak disebut, kan? Lalu, dia pun terlepas cakap begitu.


“Kalau korang tengok keseluruhan video tu, mesti korang faham situasi sebenar. Saya ada share kat Instagram saya,” jelas Ning.


Katanya lagi, masa peminat minta lagu, dia cuba baca komen yang masuk. Tapi bila sampai satu nama yang susah disebut, dia terlepas cakap spontan.


“Saya tak berniat nak persenda apa-apa situasi pun, apatah lagi tentang Palestin. Sebab tu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’,” tambahnya lagi.


Ning juga kecewa dengan netizen yang cepat sangat nak kecam tanpa usul periksa. Ada yang siap edit video tu lagi supaya nampak lain dari konteks asal.


“Saya ni banyak juga tolong rakyat Palestin dalam diam. Tapi tak perlu lah saya canang satu dunia. Benda ikhlas dari hati tak payah la nak uar-uarkan,” katanya.


Ning akui sejak video tu viral, ramai yang serang dia kat media sosial. Tapi, dia minta orang ramai jangan terus menghukum tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak.


“Saya tak bagi alasan, tapi kita semua berhak dengar penjelasan dari dua-dua belah pihak. Jangan terus serang dengan kata-kata kasar,” ujarnya lagi.


Jadi, sebelum korang judge, apa kata dengar dulu cerita dari pihak Ning. Betul ke dia tak peka atau ini semua hanya salah faham?

Previous Post Next Post

Contact Form