Anak-anak Dikecam Tak Bantu Dharma Harun, Syafiq Berserah Kepada Allah Tunjuk Kebenaran - “Cukup Kami Sekeluarga Tahu”



Ketika ramai memberi perhatian kepada kepayahan hidup pelakon veteran Dharma Harun, anak-anak beliau turut menjadi sasaran kecaman. Dua anaknya, Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq Mohammad Azman, didakwa tidak membantu bapa mereka, walaupun sudah berusia pertengahan 30-an.


Terkena dengan tuduhan tersebut, Syafiq, 35, memberitahu bahawa bapanya menangis apabila membaca komen negatif dari netizen. Namun, Syafiq tidak menyalahkan sesiapa kerana orang luar tidak tahu realiti kehidupan mereka.


"Dia menangis bila orang cakap tentang kami. Dia tahu saya kerja siang malam dan bukan tak bantu keluarga. Ayah minta guna media sosial untuk jawab tuduhan tu, tapi saya tak mahu cepat melatah. Cukup kami sekeluarga tahu dan yakin Allah akan tunjuk kebenaran," kata Syafiq kepada kami.


Syafiq percaya ada rezeki buat keluarganya dan bersyukur dengan kehidupan sekarang walaupun sedang berdepan tempoh sukar. Syafiq, yang sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2012, berharap lebih banyak tawaran berlakon selepas ini.


"Saya terbuka terima tawaran demi membantu keluarga dan teruskan legasi ayah. Nama Dharma Harun cukup besar dan saya tak mahu ia berhenti begitu sahaja," tambahnya.


Syafiq, kini pelajar asasi di Aswara, berhajat untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda dalam bidang teater. Kisah Dharma dan keluarga menjadi tumpuan ramai apabila beliau menghadapi kesukaran membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM7,500. Selain itu, program terbitan syarikat produksi miliknya tidak terjual selepas membelanjakan dana RM312,000 untuk penggambaran.


Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda. Mungkin ada yang dapat membantu atau memberikan sokongan moral kepada keluarga Dharma Harun.

Previous Post Next Post

Contact Form