Naufal Azrin Beri Amaran Kepada Bekas Syarikat Pengurusan - “Jangan Bagi Alasan Keluarga Susah atau Sakit”


Penyanyi Naufal Azrin telah memberi tempoh dua minggu kepada bekas syarikat pengurusannya untuk melangsaikan hutang yang masih tertunggak. Kalau mereka terus berdegil, Naufal tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.


"Saya bagi masa dua minggu untuk kita jumpa dan selesaikan perkara ini. Kalau tidak saya akan cari cara... Paling tidak awak ditangkap sebab rembat duit orang. Saya bukan jenis banyak cakap. Saya lebih suka menggunakan kekerasan tapi kalau buat macam itu, saya juga yang kena nanti," katanya dengan tegas di Instastory miliknya pada Ahad.


Ini bukan kali pertama Naufal, atau nama penuhnya Ahmad Naufal Azrin, 26, meminta pihak tersebut melunaskan hutang. Beberapa bulan lalu, dia juga pernah meluahkan perkara yang sama.


Difahamkan, syarikat yang menguruskan beberapa artis muda itu kini sudah tidak lagi beroperasi. Walaupun begitu, Naufal tetap berusaha untuk menghubungi pihak berkenaan, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.


"Saya tetap akan menuntut hak saya sebagai artis dan tidak akan menerima sebarang alasan wang miliknya tidak dibayar. Jangan bagi alasan keluarga susah atau sakit sebab cara itu sudah tidak berfungsi dalam akal saya," tegasnya.


Naufal juga nekad untuk mendedahkan perkara ini dan berharap ada pihak lain yang boleh membantu menjejaki pengurusan syarikat berkenaan. "Saya nampak awak tak pernah kena hukuman apa-apa dan sebab itu awak masih berani buat benda bodoh ini. Saya guna kaedah media sosial supaya ada orang boleh bantu," katanya lagi.


Jom Kongsi Cerita Ini!

Kalau korang rasa cerita ini menarik, jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan korang. Lagi ramai tahu, lagi mudah untuk Naufal dapatkan hak dia. Tekan butang kongsi tu sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form