RM87,000 Atau Video Tersebar? Ria Ricis Kena Ugut, Polis Kesan Dalang!


Ria Ricis kena ugut! RM87,000 diminta sebagai tebusan. Kenapa? Baca cerita penuh di bawah dan jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan!


Pelakon dan YouTuber terkenal, Ria Ricis, terpaksa berdepan dengan situasi mendebarkan apabila diugut oleh individu tidak dikenali yang mahu menyebarkan foto dan video peribadinya. Individu tersebut meminta Ria memindahkan wang sebanyak 300 juta Rupiah atau RM87,000 jika tidak mahu foto dan videonya tersebar.


"Saya telah membuat laporan polis mengenai ugutan menggunakan data peribadi saya," kata Ria dengan nada cemas.


Tidak hanya dirinya, Ria turut menyatakan bahawa ancaman tersebut juga melibatkan keluarganya dan orang-orang terdekatnya. "Sudah tentu saya rasa terancam. Mohon doa orang ramai supaya suspek cepat diberkas," tambahnya lagi.


Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi, mengesahkan bahawa laporan daripada Ria telah diterima pada 7 Jun lalu. Beliau berkata, “Ria membuat laporan kerana menerima ugutan melalui media elektronik di mana ada individu mahu sebar gambar atau video peribadi mangsa di media sosial.”


Polis kini sedang giat menyiasat kes ini dan telah mengenal pasti pemilik nombor akaun tersebut, seorang individu yang dikenali sebagai Jacky. Siasatan selanjutnya masih diteruskan untuk memberkas suspek.


Jangan Lupa! Kalau rasa artikel ni menarik dan penting, kongsikan dengan kawan-kawan korang. Lagi ramai tahu, lagi mudah kita semua boleh bantu Ria Ricis dalam situasi ini.


Tekan butang share sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form