Pelakon terkenal Bella Astillah memberikan kata-kata sinis kepada aktres Ruhainies selepas kes penceraiannya dengan Aliff Aziz diselesaikan pada hari Khamis.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, mengucapkan terima kasih kepada Ruhainies kerana aktres tersebut dianggap telah berjaya meruntuhkan rumah tangganya dengan Aliff. Penceraiannya dengan Aliff turut memberi kesan mendalam kepada dua orang anak mereka.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak kehilangan bapa mereka,” tulis Bella di laman Instagramnya selepas selesai prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella pada pukul 1.10 petang di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat.
Mengulas tentang perceraian dengan Aliff, Bella menjelaskan bahawa dia telah memberikan banyak peluang kepada Aliff atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini. Namun, keputusan untuk berpisah kali ini adalah yang terbaik untuk mereka berdua dan anak-anak.
“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukanlah satu kesilapan, akan tetapi pilihan. Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang,” ujarnya.
Bella turut berjanji untuk tidak terlalu mudah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki lagi selepas ini. Fokus utamanya kini adalah untuk menjaga anak-anak serta mencari kehidupan yang lebih baik.
“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah lukanya pun pasti terlalu dalam. Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka. Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup,” jelasnya.
Bella pada 13 Mac lalu nekad memfailkan cerai terhadap Aliff selepas pelakon itu dicekup khalwat dengan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 9 Mac 2024. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun. Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Jangan Lupa Kongsikan!
Jika anda terkesan dengan cerita Bella dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan, jangan lupa klik butang kongsi di bawah. Siapa tahu, mungkin ada yang dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.