Adira Buat Bekas Suami Tergamam, Mahu Kembali Ke Pangkuan Datuk Red - “Kalau Saya Cakap Orang Tak Percaya”


Belum pun reda isu mengucup kepala, usahawan Datuk Seri Adnan Abu dan penyanyi Adira kembali hangat diperkatakan susulan beberapa video kemesraan mereka tular di media sosial. Terbaharu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, dalam nada gurauan memberitahu mahu kembali ke pangkuan Adnan kerana sudah malas untuk memulakan perhubungan yang baharu.


Adnan yang duduk di sebelah Adira kelihatan terkejut dengan kata-kata tersebut dan meminta agar bekas isterinya itu tidak membuatnya menunggu terlalu lama. Mengulas mengenai perkara itu, Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red, 46, berkata, dia sendiri terkejut dengan ayat yang keluar daripada mulut penyanyi berkenaan dan tidak merasakan ia gurauan.


"Saya pun terkejut dan tergamam juga bila dia kata nak kahwin semula dengan saya. Kalau perkara itu keluar dari mulut saya mungkin tak boleh dipercaya tapi ini Adira sendiri yang cakap. Tapi dia cakap bukan sekarang tapi tunggu sehingga saya betul-betul dah stabil. Harap semua dapat doakan kami," katanya ketika dihubungi kami pada Ahad.


Dalam pada itu, Adnan menegaskan apa yang keluar dari mulut Adira bukan cara melariskan produk jualannya tetapi ia spontan dan tidak dirancang. Malah dia menyangkal tuduhan menggunakan penyanyi itu bagi melariskan produk jualannya.


"Saya memang nak tamatkan ‘episod’ ini tapi masih belum jumpa penghujungnya. Adira rajin bantu saya video siaran langsung sebenarnya. Memang kemunculan dia membantu perniagaan saya tapi bimbang juga ada yang muak dengan kemesraan kami," ujarnya.


Sementara itu, mengulas mengenai tindakan mengucup kepala bekas isterinya, Adnan berkata ia dilakukan secara spontan dan tidak menyentuh kulit kepala Adira. Jelasnya, sebaik tamat siaran langsung Adira juga tidak melatah dengan tindakan sepontannya itu.


"Tiada apa pun perkara itu, lagi pun ia beralas. Mulut orang tak boleh nak tutup, lagi pun mereka yang lihat siaran langsung saya pasti tahu saya macam mana. Dekat siaran langsung saya suka bergurau dan ia sekadar hiburan," kongsinya.


Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Adnan mencium Adira di bahagian kepala ketika siaran langsung di TikTok. Tindakan spontan itu juga disaksikan anak tiri Adira iaitu Awin yang sama-sama terkejut dengan tindakan bapanya.


Untuk rekod, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024. Hasil kedua-dua perkahwinan itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.


Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda di media sosial. Siapa tahu, kisah Adira dan Datuk Red ini mungkin boleh menjadi topik perbualan yang menarik! Klik butang kongsi sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form