Selepas sekian lama mendiamkan diri atas pelbagai tuduhan menyeleweng dana orang awam, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah, kini tampil menyanggah semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan suaminya, Alif Teega.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, menegaskan bahawa dia dan suami tidak pernah menggunakan wang derma tersebut untuk tujuan peribadi.
Malah, tuduhan menerima komisyen sebanyak 20 peratus juga adalah tidak benar.
Kenyataan Tegas Aisyah
"Saya ingin menegaskan bahawa saya dan suami tidak menggunakan duit derma sesuka hati untuk tujuan peribadi. Kami juga tidak menerima komisyen sebanyak 20 peratus seperti yang didakwa.
"Saya memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada peguam saya kerana risau kenyataan saya akan dimanipulasi dan isu ini menjadi lebih besar.
"Ditambah pula, ada yang membuat akaun Facebook palsu sedangkan saya hanya aktif di Instagram dan TikTok," katanya.
Aisyah menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Selasa.
Tindakan Undang-undang Menanti Pemfitnah
Dalam pada itu, Aisyah memberitahu bahawa dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang memfitnah dia dan Alif.
Pempengaruh itu berkata tiada kenyataan lain akan dibuat kerana segalanya akan dilakukan melalui proses mahkamah.
"Insya-Allah saya memandang serius apa kenyataan yang diberikan oleh beberapa individu yang saya kenal pasti berdasarkan sumber dari akaun yang memfitnah saya.
"Tindakan akan diambil ke atas mereka. Tiada lagi sebarang respon daripada pihak saya dan suami, kita buat secara profesional," jelasnya.
Tuduhan Palsu di Media Sosial
Sebelum ini, tular di media sosial apabila sebuah akaun di Facebook mendakwa Aisyah membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.
Akaun tersebut turut menuduh personaliti itu sanggup mencipta kontroversi dimadukan oleh suaminya untuk mencari publisiti dan simpati masyarakat.
Dakwa mereka, masyarakat mudah tersentuh dengan isu isteri yang dianiaya dan akan terpedaya untuk memberikan derma.
Mereka juga mempersoalkan kemewahan yang dimiliki Aisyah dan mendedahkan bahawa tindakan personaliti itu hanya diketahui oleh bekas pekerja, pembekal tudung (rakan bisnes) dan pempengaruh media sosial.
Pekerja yang mempersoalkan audit kutipan derma dipercayai akan dibuang kerja serta-merta.
Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan korang supaya semua tahu kebenaran tentang Aisyah Hijanah! 👇📲