PELAKON terkenal Aliff Aziz dan Ruhainies tetap meneruskan hubungan baik meskipun sedang berdepan pertuduhan kes khalwat di mahkamah.
Menurut Aliff atau nama penuhnya, Mohamad Aliff Aziz, 33, tiada sebab untuk mereka bermasam muka seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.
"Orang mungkin berfikir kami perlu bersikap dingin kerana berdepan pertuduhan di mahkamah. Namun bagi saya, apa yang berlaku tidak menghalang kami untuk berhubung seperti biasa.
"Kami bukan bermusuhan. Tak perlu nak bermasam muka atau bergaduh," katanya kepada media.
Aliff dan Ruhainies ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu, di mana mereka membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Sudah bersedia untuk menghadapi perbicaraan seterusnya, Aliff juga berjanji akan memberikan komitmen terbaik sepanjang prosiding berkenaan.
"Selepas membuat pengakuan tidak bersalah, saya pasti akan memberi komitmen sepenuhnya mengikut prosiding dengan teliti. Lega juga selepas prosiding hari ini berjalan lancar. Saya akan tempuh lagi di masa akan datang dalam tempoh panjang. Doakan semua berjalan lancar," luahnya.
Sebelum itu, Aliff dilihat tenang bertemu media dan sedia menjawab pelbagai soalan serta memberikan kerjasama baik. Dia juga tidak terburu-buru atau cuba mengelak daripada bertemu pengamal media sejak awal tiba di mahkamah.
Aliff bagaimanapun berkata dia mahu memberikan fokus kepada isu sedang dibicarakan tanpa menyebut hal lain terutama berkaitan isu rumah tangga bersama bekas isteri, Bella Astillah.
"Kami beri kerjasama isu ini. Hal-hal lain saya tak mahu cakap kerana bimbang ada pihak manipulasi," jelasnya.
Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Perbicaraan kes mereka ditangguhkan pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.
Menarik kan cerita Aliff Aziz dan Ruhainies ni? Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga tahu perkembangan terbaru selebriti kegemaran mereka! Tekan butang kongsi sekarang!