Aliff Syukri Kembali Hangat! Bapa Ikon Fesyen Tak Bayar Hutang, Aliff Ancam Ambil Tindakan Undang-Undang!



Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri kini dilihat sedang berang apabila seorang individu yang dikaitkan dengan ikon fesyen terkenal didakwa belum melunaskan hutangnya. Aliff, yang berusia 37 tahun, tidak menahan kemarahannya apabila lelaki tersebut, yang merupakan bapa kepada ikon fesyen tersebut, gagal membayar hutang yang dianggarkan mencecah puluhan juta ringgit.


"Dia boleh beli jam harga ribuan ringgit dan terbang ke London dalam kelas pertama, tapi saya hanya mampu terbang dengan tiket ekonomi. Bulan Julai yang lalu, masih belum selesai hutangnya! Saya viralkan isu ini! Janji bulan dan bintang, katanya anaknya pun jutawan," kata Aliff dalam satu kenyataan kepada kami.


Menurut Aliff, hutang tersebut berkaitan dengan projek usaha sama dalam perniagaan hartanah yang melibatkan dirinya. Beliau menyertai projek ini kerana kreadibiliti lelaki tersebut, tetapi kini merasakan dirinya mungkin hampir ditipu.


"Ini projek usaha sama dalam perniagaan hartanah. Saya melabur kerana percaya pada kreadibiliti lelaki ini, tetapi nampaknya saya hampir ditipu. Saya belum mahu dedahkan lebih lanjut kerana masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu ini. Seharusnya hutang ini sudah dibayar," jelas Aliff.


Aliff juga menegaskan bahawa jika lelaki tersebut terus enggan membayar, beliau akan mengambil tindakan undang-undang serta mendedahkan identiti lelaki tersebut.


"Kalau dia tidak bayar, peguam saya akan ambil tindakan undang-undang dan saya akan dedahkan identiti individu tersebut. Tiada duit, jangan buat macam tiada duit. Bayar hutang dulu! Dia mahu buat pelaburan, saya bantu, tapi bila saya minta duit, dia buat saya macam penagih. Silap hari bulan, saya pula yang kena saman," tambah Aliff.


Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda supaya mereka juga tahu apa yang berlaku!

Previous Post Next Post

Contact Form