Ammar Alfian Dituduh Tumbuk Kekasih? Ini Jawapan Padu Dari Ammar!


Pelakon kacak dan berbadan sasa, Ammar Alfian, baru-baru ini menjadi topik hangat apabila namanya dikaitkan dengan insiden seorang pelakon lelaki didakwa menumbuk wajah kekasihnya. Nama Ammar disebut-sebut oleh ramai netizen sebagai individu yang terlibat. Tetapi, benarkah tuduhan tersebut?


Dalam satu komen yang ditinggalkan , Ammar Alfian, atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. “Bukan aku,” tulisnya ringkas namun penuh makna.


Ammar turut menzahirkan rasa kurang senang dengan tuduhan tersebut, yang pada pandangannya adalah keterlaluan hanya kerana beliau sering membawa watak jahat dalam drama dan filem. “Tahulah muka aku jahat. Lepas ni produser tolong beri watak ustaz. Aku nak babak solat dan menangis dalam masjid,” ujarnya dengan nada sinis.


Kisah ini mula tular sejak pagi Isnin, apabila seorang wanita mendakwa dirinya dipukul oleh kekasihnya yang juga seorang pelakon. Beberapa petunjuk seperti umur dan badan sasa membuatkan netizen meneka bahawa pelakon yang dimaksudkan adalah Ammar.


Namun, Ammar sudah memberi penjelasan. Jadi, kita sebagai peminat seharusnya bijak menilai sebelum membuat kesimpulan. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga mendapat penjelasan yang sebenar!


Jangan lupa untuk share artikel ini dengan rakan-rakan anda!

Previous Post Next Post

Contact Form