Azrel Ismail Tolak Lamaran Wanita Bukan Melayu, Banyak Berfikir Punca Masih Bujang di Usia 40 Tahun - “Dia Terlalu Cantik”



Walaupun mempunyai rupa kacak serta karier yang stabil, pelakon Azrel Ismail nampaknya lebih selesa hidup membujang walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita sebelum ini.


Menjelaskan perkara itu, Azrel, 40, mendedahkan dia masih membujang bukan disebabkan tidak laku sebaliknya mengalami masalah kurang keyakinan diri.


Dedahnya, seorang wanita pernah melamar untuk menjadi isterinya namun dia menolak selepas memikirkan banyak faktor termasuk individu tersebut bukan berbangsa Melayu.


"Ada saja perempuan yang suka saya tapi saya rasa tak 'ngam' pula sebab dia terlalu cantik... Dia membuatkan saya berfikir sama ada saya sesuai atau tidak dengannya.


"Dia bukan Melayu jadi saya terfikir sama ada dia okay dengan budaya kita. Macam mana pula pandangan ibu bapa saya," katanya.


Azrel berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan sesi podcast Girlmathpodcast yang dimuat naik di Instagram.


Dalam pada itu, Azrel menerusi sedutan berbeza podcast tersebut menyifatkan sikap manja ditunjukkan segelintir pelakon wanita ketika berada di set penggambaran antara punca wujudnya cinta lokasi dalam kalangan selebriti tempatan.


Hasil pemerhatiannya mendapati perwatakan tersebut sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian pelakon lelaki yang bergandingan dengan mereka.


"Selalunya saya dipasangkan dengan pelakon wanita dengan imej manis dan manja.


"Dari manja-manja itulah bermulanya cinta lokasi... Pelakon wanita sebenarnya yang memulakan cinta lokasi," katanya.


Azrel juga tidak menafikan perkara itu juga turut membuka ruang kepada 'kecurangan' di lokasi penggambaran.


Pertahan Azrel, seorang lelaki tidak akan memulakan langkah sekiranya wanita tidak membuka ruang kepada mereka.


"Di situlah bermulanya isu sondol menyondol. Lelaki tak akan mulakan sekiranya wanita tak memberi ruang," tuturnya.


Jom kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda dan bincangkan pendapat anda tentang topik menarik ini! #AzrelIsmail #CintaLokasi #HiburanMalaysia

Previous Post Next Post

Contact Form