Datuk Red Kena Kecam Kucup Kepala Bekas Isteri, Adira Enggan Panaskan Keadaan - “Orang Boleh Nampak Reaksi Wajah Saya”



Tindakan spontan usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengucup kepala bekas isterinya, penyanyi Adira, semasa siaran langsung di TikTok telah mengundang kecaman ramai. Walaupun hubungan mereka masih baik selepas bercerai, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, menjelaskan bahawa riak wajahnya sudah cukup memberikan jawapan terhadap tindakan Adnan itu.


Adira, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menghangatkan lagi isu rumah tangganya yang sudah reda.


"Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu, tapi kalau boleh, saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini. Saya enggan memanaskan perkara itu kerana ia tak mendatangkan faedah pun kepada saya," katanya ketika dihubungi kami pada Ahad.


Ditanya sama ada dia akan menetapkan sebarang syarat kepada Adnan bagi mengelakkan kejadian serupa, Adira memilih untuk tidak mengulas mengenainya. Sebaliknya, Adira menegaskan bahawa niatnya hanya mahu membantu Adnan, atau lebih mesra disapa Datuk Red, dalam perniagaan secara dalam talian.


"Itu pun saya tak nak komen sebab niat asal saya cuma ingin membantu sahaja," luahnya.


Sebelum ini, tular di media sosial video Adnan mencium Adira di bahagian kepala semasa siaran langsung di TikTok. Tindakan spontan itu juga disaksikan anak tiri Adira, Awin, yang turut terkejut dengan tindakan bapanya.


Untuk rekod, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila, pada 14 Mei 2024. Hasil daripada kedua-dua perkahwinan itu, Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.


Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda! Sila tekan butang kongsi di bawah dan sebarkan berita ini.

Previous Post Next Post

Contact Form