Bintang bola sepak terkenal, David Beckham, kini semakin risau melihat anak perempuannya, Harper Seven, yang semakin meningkat dewasa. David, 49, menjadi lebih protektif dan sering dibelenggu kerisauan tentang keselamatan Harper.
Menurut sumber, walaupun David sangat risau, dia tetap melayan Harper dengan baik tanpa pernah memarahi anak keempatnya itu.
"David dan Harper mempunyai ikatan yang sangat istimewa. David menjadi seorang bapa yang sangat protektif, jelas sekali dia risau jika ada orang menyakiti gadis kecilnya itu. Harper masih muda, jadi banyak perkara yang dia ingin cuba dan yang pasti dia sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang," kata sumber kepada majalah Heat.
Lebih membimbangkan Beckham apabila melihat Harper kini sudah pandai bergaya dan mengenakan imej agak seksi seperti ibunya, Victoria.
"Dalam beberapa bulan terakhir ini, Harper benar-benar berubah. Dia lebih suka berdandan rambut, menggunakan alat solek, serta keluar bersama teman dan selalu berbincang hal kecantikan dengan ibunya," tambah sumber itu lagi.
Untuk rekod, David dan Victoria berkahwin pada 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David, dan Harper Seven.
Nak tahu lebih banyak kisah menarik macam ni? Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda! Klik butang kongsi di bawah dan sebarkan cerita ini!