"Harith Iskander Serahkan Hak Penjagaan Anak kepada Isteri, Tetap Kekal Hubungan Baik Selepas Berpisah"



Harith Iskander Serahkan Hak Penjagaan Anak kepada Isteri, Tetap Kekal Hubungan Baik Selepas Berpisah

Pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander, membuat keputusan besar dalam kehidupannya dengan menyerahkan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya kepada isteri, Dr Jezamine Lim, sekiranya mereka berpisah kelak.


Harith, 58, menyatakan bahawa sebagai ibu, Dr Jezamine berhak untuk menuntut hak penjagaan tersebut. Dia sendiri berpuas hati dengan hak lawatan yang diberikan, bagi memastikan rutin harian anak-anak tidak terganggu oleh perceraian mereka.


"Kami mahu mengekalkan rutin yang sama seperti sebelum ini, jadi Jezamine akan menjaga anak-anak sementara saya mempunyai hak lawatan. Kami akan terus membawa anak-anak keluar bersama. Dia seorang ibu yang luar biasa, dan saya akan melakukan apa yang saya mampu," ujar Harith.


Perkara ini dikongsikan oleh Harith menerusi podcast di saluran YouTube The Rakyat Post.


Harith juga memberitahu bahawa dia tinggal berhampiran dengan rumah anak-anak dan isterinya demi menjaga kebajikan mereka. Malah, dia memberi jaminan bahawa perpisahan tersebut tidak akan merosakkan hubungannya dengan anak-anak. Dia yakin anak-anak mereka memahami keputusan ini walaupun masih muda.


"Alhamdulillah, sejak diberitahu tentang perceraian ini, mereka menerimanya dengan baik," tambahnya.


Dalam podcast yang sama, Harith dan Dr Jezamine berkongsi mengenai berita penceraian mereka yang hangat diperkatakan kini. Harith mengakui bahawa masalah rumah tangga mereka berpunca daripada kesilapannya sendiri.


Kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan ramai selepas gambar Dr Jezamine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar. Dr Jezamine mengesahkan kepada kami  bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai pada bulan lalu.


Sebutan perceraian mereka yang sepatutnya berlangsung pada 15 Julai lalu terpaksa ditangguhkan atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.


Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9 tahun.


Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga tahu kisah di sebalik perceraian Harith Iskander dan Dr Jezamine. Perkongsian anda sangat bermakna bagi kami!

Previous Post Next Post

Contact Form