Idzham Ismail Izin Isteri Kerja Pramugari Semula, Letak Syarat Jangan Lupa Tanggungjawab Terhadap Keluarga


Selepas lima tahun bergelar suri rumah sepenuh masa, pelakon Idzham Ismail akhirnya membenarkan isterinya, Bella Sudeen, untuk kembali bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan.


Kata Idzham, 36, sebagai suami, dia menghormati permintaan isterinya dan menyokong usaha Bella mencapai cita-citanya.


"Dulu, dia buat keputusan nak jadi suri rumah sepenuh masa selepas lahirkan anak kedua kami. Jadi, bila dah lima tahun tak kerja, tiba-tiba dia kata nak kembali bekerja. Saya pada awalnya rasa pelik, tapi mungkin dia nak capai cita-cita sebelum ini. Dari situ, saya benarkan dia jadi pramugari kembali dan berikan sokongan penuh," kata Idzham kepada kami pada Rabu.


Idzham memberitahu bahawa dia bahagia melihat isterinya gembira kembali bekerja, namun dia meminta Bella untuk tidak melupakan tanggungjawab kepada keluarga.


"Saya nampak dia betul-betul rindu kerjaya sebelum ini. Sebagai suami, saya nak tengok isteri saya bahagia. Cuma saya minta jangan lupa tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak," jelasnya.


Tambah Idzham, kerisauan utamanya adalah masa bersama anak-anak yang mungkin akan berkurangan. Bagi memastikan hubungan kekeluargaan berkekalan, Idzham menetapkan syarat supaya mereka berdua meluangkan masa bersama apabila mempunyai cuti.


"Saya risau tentang anak-anak, sebab bila dia dah kerja, kuranglah masa dengan mereka. Jadi sekarang, bila saya tiada di rumah, dia jaga anak dan sebaliknya bila dia keluar bekerja. Tentang saya dan isteri pula, kalau kami berdua cuti, kena luang masa bersama walaupun hanya jumpa pada malam sebelum waktu tidur," katanya.


Sebelum ini, Bella meninggalkan kerjaya sebagai pramugari pada tahun 2019 kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap rumah tangga. Idzham dan Bella mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.


Kongsikan Cerita Ini Dengan Kawan-Kawan!


Jika anda suka cerita ini, jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan anda! Mari kita sebarkan kegembiraan dan sokongan kita kepada Idzham dan Bella. Klik butang kongsi sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form