Pelakon popular, Izreen Azminda, baru-baru ini berkongsi berita gembira dengan para peminat apabila selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 24 Julai lalu. Bukan hanya berita bahagia ini menggembirakan, tetapi nama yang dipilih untuk bayi lelaki ini juga penuh makna – Andika Yusuf.
Izreen, yang kini berusia 39 tahun, memuat naik gambar bayi comelnya di Instagram sambil memberitahu peminat mengenai kelahiran ini. “Assalamualaikum semua, saya Andika Yusuf, lahir pada 24/7/24 dengan berat 3.02 kg. Saya boy tau!” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Untuk info, Izreen melahirkan Andika Yusuf dengan berat 3.02 kilogram di sebuah pusat perubatan. Dalam masa yang sama, Izreen sempat berseloroh tentang keinginannya untuk mempunyai anak perempuan selepas ini. “Yang mana auntie teka girl tu takpe, Mama saya aminkan jer. Insya-Allah next ada rezeki lagi,” ujarnya dengan penuh harapan.
Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas, Mumhammad Radzi Abdul Wahid, atau dikenali sebagai Ude, pada 8 Ogos 2017. Pasangan ini sudahpun dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idrees, 3 tahun. Selain itu, Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 10, hasil perkahwinan pertamanya.
Tahniah kepada Izreen dan Ude atas kelahiran Andika Yusuf! Semoga keluarga ini terus bahagia dan sihat selalu. Jangan lupa untuk kongsi berita gembira ini dengan kawan-kawan anda!