Abu Mayat Suami Dijadikan Loket, Jennifer Coppen Belum Terima Hakikat Dali Wassink Sudah Tiada
TARIKH 18 Julai menjadi titik hitam buat pelakon popular Indonesia, Jennifer Coppen, apabila suami tersayang pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Bagi mengabadikan kenangan sepanjang bergelar suami isteri, Jennifer, 23, mengambil sebahagian abu mayat suaminya, Dali Wassink, untuk disimpan di dalam loket rantai miliknya. Cara ini membolehkan dia sentiasa bersama Dali dan tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya.
"Abu papa Dali ada di sini. Awak akan terus menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya akan pakai rantai ini dan bawa awak ke mana sahaja saya pergi," kata Jennifer sambil berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya berserta foto rantai berkenaan.
Dalam beberapa perkongsian lain, Jennifer memberitahu sukar baginya menerima kenyataan kehilangan suami dalam sekelip mata. Tabiat Dali yang gemar merakam video dirinya sendiri menggunakan telefonnya menjadi kenangan indah setiap kali timbul rasa rindu.
"Terima kasih sebab selalu rakam video diri sendiri dalam telefon bimbit saya. Rindu senyuman kamu sayang," ujarnya.
Dali maut pada Khamis lalu akibat kemalangan jalan raya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan memiliki seorang anak perempuan.
Jangan Lupa Kongsikan Kisah Ini!
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda. Marilah kita bersama-sama menghargai setiap detik berharga dengan orang tersayang. 🌟
Klik untuk Kongsi di Facebook!
Diharapkan artikel ini memberikan sedikit inspirasi dan peringatan untuk kita semua menghargai setiap momen dengan orang tersayang. Selamat membaca dan berkongsi!