Kenapa Peminat Tak Setuju Robert Downey Jr Kembali Dalam 'Avengers: Doomsday'? Cillian Murphy Jadi Pilihan Utama!



Peminat Marvel sedang bercakap panas mengenai pengumuman terbaru yang mengejutkan—Robert Downey Jr akan kembali dalam francais filem Avengers, kali ini membawa watak Doctor Doom! Namun, keputusan ini tidak mendapat sambutan hangat daripada kebanyakan peminat.


Bila diumumkan bahawa Robert Downey Jr, yang terkenal dengan watak Tony Stark dan Iron Man, akan berperanan sebagai Doctor Doom, ramai yang tidak puas hati. Mereka merasakan pelakon Ireland, Cillian Murphy, lebih layak untuk memegang watak villain ikonik ini.


Cillian Murphy, yang pernah berlakon bersama Robert dalam filem Oppenheimer, dikatakan lebih sesuai untuk watak Doctor Doom berbanding Robert yang sebelum ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada watak Iron Man dalam Avengers: Endgame. Ramai peminat berpendapat bahawa kepulangan Robert boleh merosakkan francais yang telah berjaya menutup kisah Iron Man dengan penuh dramatik.


Di media sosial, terutamanya di aplikasi X, suara kekecewaan semakin kuat. Peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan mencadangkan agar Cillian Murphy diberi peluang untuk membawa watak Doctor Doom.


"Semua orang tahu Cillian Murphy adalah pilihan terbaik. Kenapa perlu bawa Robert kembali dalam francais? Marvel nampaknya terdesak dengan memulangkan Robert dalam watak baru," tulis seorang netizen di X.


Anda setuju dengan pandangan ini? Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda dan beri tahu kami pendapat anda mengenai keputusan Marvel ini!

Previous Post Next Post

Contact Form