Mahalini Ditegur Peminat Selepas Bedah Hidung, Kenapa Nampak Canggung?



Kemunculan penyanyi Mahalini dalam sebuah acara di Indonesia menjadi bualan ramai kerana dia dilihat agak canggung di atas pentas. Wajah dan cara percakapannya juga menjadi tanda tanya ramai kerana tidak mesra seperti kebiasaannya.


Ramai yang menganggap penyanyi ini seperti kurang keyakinan diri selepas didakwa melakukan pembedahan pada bahagian hidung.


"Dia nampak berbeza. Senyumannya seperti tidak lepas. Adakah kesan selepas pembedahan? Mahalini nampak malu-malu. Dia seperti tiada keyakinan diri," komen netizen pada video yang tular di media sosial.


Mahalini tampil bersama suaminya, Rizky Febian, dalam Konsert Paling Romantis di sebuah stesen televisyen di sana.


Berkongsi tentang kehidupan selepas mendirikan rumah tangga, Rizky berkata mereka jarang bertemu disebabkan kesibukan kerja. Namun, Rizky menyifatkan isterinya bijak menguruskan rumah tangga dan memanfaatkan waktu berdua walau dalam tempoh singkat.


"Ada ketika saya dan Mahalini berada di dua daerah berbeza. Walau jarang bertemu, saya amat suka apabila isteri tahu memanfaatkan momen dan suasana bersama. Dia akan siapkan air minuman buat saya pada waktu pagi," katanya.


Untuk rekod, Mahalini dan Rizky bernikah pada 10 Mei lalu dan acara pernikahan mereka berlangsung di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.


Jom kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang! Tekan butang kongsi di bawah dan berikan pandangan korang tentang perubahan Mahalini. Adakah dia akan kembali ceria seperti biasa?







Previous Post Next Post

Contact Form