Muncul Buat Pertama Kali Selepas Pembedahan Hidung, Peminat Hampir Tak Kenal Mahalini


Kemunculan penyanyi Mahalini di Funtastic Day 2024 yang berlangsung pada malam Sabtu telah mencuri tumpuan ramai apabila wajahnya dilihat berbeza. Siapa sangka, ramai yang hampir tidak mengenalinya!


Apa tidaknya, penonton perasan hidung Mahalini yang kelihatan lebih muncung berbanding sebelum ini. Selain hidung, bahagian mata penyanyi terkenal dengan lagu "Sial" itu juga nampak berlainan.


Mahalini yang berusia 24 tahun ini dilaporkan telah menjalani pembedahan di Korea Selatan pada Jun lalu. Perubahan ini ternyata mengejutkan peminatnya, hingga ada yang menganggap ia bukanlah Mahalini yang sebenar.


Ramai di kalangan peminat meluahkan rasa rindu terhadap wajah lama Mahalini yang lebih cantik dan semula jadi. Namun, ada juga yang berpendapat pembedahan tersebut dilakukan kerana masalah sinus yang teruk sebelum ini.


"Terasa kehilangan Mahalini yang dulu. Kenapa dia buat pembedahan muka?" kata seorang netizen. "Yang dulu lebih cantik, sekarang hidung dan mata macam tak sesuai. Kembalikan muka Mahalini yang dulu!"


Apa pendapat korang? Adakah Mahalini kelihatan lebih cantik dengan wajah barunya atau korang juga merindui wajah lamanya? Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang dan mari kita bincangkan bersama!


👥📲 Kongsi artikel ini dengan kawan-kawan korang! 📲👥

Previous Post Next Post

Contact Form