Tidak pernah dahagakan kemewahan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sebaliknya hanya mengimpikan kehidupan yang sihat dan bahagia tanpa sebarang gangguan.
Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, memberitahu dia sudah penat menjadi mangsa sihir sehingga terpaksa menjalani rawatan hingga ke hari ini.
"Saya tak nak rumah banglo atau kereta Lamborghini. Saya nak sihat, gembira, tauhid, dan husnul khatimah.
"Sihir hari-hari, ruqyah diri sendiri, saya lawan seorang!" katanya.
Nonny berkongsi perkara ini menerusi satu hantaran di InstaStory pada Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Nonny mendedahkan sudah empat tahun dia menderita akibat disihir atau mungkin lebih lama daripada itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat hal lagi, video wanita menari sambil bertuala cetus perhatian netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Nonny Nadirah hilang 3 tahun, rupanya derita kena sihir sampai muka jadi senget - “Kita lawan sampai mati”
“Matinya saya disebabkan perbuatan mereka. Saya serahkan semuanya kepada-Mu Ya Allah.
“Yang saya sedar dekat empat tahun. Yang saya tak tahu? Mungkin lebih dari itu,” ujarnya.
Nonny turut mengingatkan bahawa ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan dan tiada manusia berhak mengambil nyawa sesiapa pun.
"Orang kaya pun akan mati, orang yang paling tinggi dengan kesyirikan juga akan mati.
"Ingat kamu saja ada ilmu boleh tarik nyawa orang? Ubun-ubun kamu siapa yang pegang?" jelasnya.
Sebelum ini, Nonny pernah mendedahkan dia menjadi mangsa sihir seseorang sehingga wajahnya mengalami perubahan akibat sihir.
Adakah anda terkesan dengan cerita Nonny Nadirah? Jom kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda agar lebih ramai lagi yang sedar tentang pentingnya menjaga diri dan keluarga dari gangguan seperti ini. Tekan butang kongsi sekarang!