Perkahwinan baru sahaja dua bulan, namun pasangan selebriti Rizky Febian dan Mahalini sudah pun diramal bakal berdepan masalah rumah tangga.
Ramalan ini datang daripada tukang tilik terkenal Indonesia, Hard Gumay, yang mendakwa pasangan ini bakal menghadapi cabaran besar pada tahun depan.
"Masuk sahaja tahun 2025, Rizky Febian dan Mahalini akan berdepan masalah rumah tangga yang sangat berat, tetapi saya percaya mereka mampu harunginya. Saya melihat apa yang akan terjadi dari wajah kedua-duanya, dari wajah keluarga lelaki dan keluarga perempuan," katanya dalam sesi podcast di TikTok Rumpi Asikk.
Namun, bapa kepada Rizky, pelawak terkenal Sule, tampil mempertahankan rumah tangga anaknya. Melalui ruangan komen, Sule menegaskan hubungan anak dan menantunya dalam keadaan baik dan bahagia.
"Mereka sedang menjalani hubungan dengan perasaan bahagia," ujarnya.
Untuk pengetahuan, Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri pada 10 Mei lalu dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Jakarta. Mahalini, yang sebelum ini menganut agama Hindu, telah memeluk Islam sebelum menjadi isteri Rizky.
Adakah anda setuju dengan ramalan ini? Atau anda percaya pasangan ini mampu mengharungi cabaran bersama? Kongsikan pendapat anda dan jangan lupa untuk SHARE artikel ini dengan kawan-kawan!