Sathia Kini Lebih Sihat Selepas Dua Kali Kena Strok, Kongsi Kesihatan Terkini dan Cara Dia Menyesuaikan Diri


Khabar baik dari pelawak veteran, Sathia Periasamy! Selepas mengalami serangan strok kedua pada 16 Julai lalu, Sathia yang kini berusia 60 tahun, terpaksa membuat beberapa penyesuaian dalam kehidupannya. Walau bagaimanapun, beliau masih kekal positif dan tidak membiarkan situasi ini menghalangnya.


Ketika ditemui di program Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam, Sathia menceritakan bagaimana serangan strok terbaru mempengaruhi kehidupannya. "Sekarang, saya sudah tidak boleh memandu. Saya lebih suka menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk bergerak ke mana-mana. Ia lebih selamat dan memudahkan saya," ujar Sathia kepada kami.


Walaupun baru sahaja mengalami serangan strok, Sathia menunjukkan ketabahan yang mengagumkan. Beliau tidak merasa bimbang kerana percaya bahawa segala yang berlaku adalah kehendak Tuhan. "Saya tidak risau jika terkena lagi kerana saya percaya semua ini sudah ditentukan oleh-Nya. Saya bukan mati lagi, cuma 'tarik' sedikit sahaja,” kata Sathia sambil tersenyum.


Sathia juga menjelaskan bahawa punca strok yang dihadapinya adalah faktor usia yang semakin meningkat. "Ini semua disebabkan usia. Doktor cuma suruh makan ubat dan tidak ada pantang larang khusus dalam pemakanan saya,” tambahnya.


Dalam pada itu, Sathia merasa terharu dengan sokongan rakan-rakannya yang bertanya khabar. Walaupun beliau tidak memerlukan bantuan kewangan, Sathia mengucapkan terima kasih kepada semua yang peduli dan menyatakan bahawa beliau masih ada sumber pendapatan untuk menyara keluarga. "Abon, Azlee Senario dan ramai lagi rakan bertanya khabar. Saya bersyukur kerana masih ada sedikit wang dan kudrat untuk mencari rezeki. Wang yang banyak pun tiada guna jika tidak cukup,” jelasnya.


Jangan lupa kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda untuk memberikan mereka khabar terbaru tentang Sathia dan tunjukkan sokongan anda kepada pelawak veteran ini! ✨📣

Previous Post Next Post

Contact Form