Shima Dedah Alasan Sebenar Tanggal Tudung: Ini Kisahnya!


Sekian lama menyepi dari dunia hiburan, penyanyi Shima kembali mencuri tumpuan apabila dilihat tampil tanpa tudung semasa sesi siaran langsung di TikTok. Apa yang sebenarnya berlaku?


Shima, atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, kini berusia 55 tahun. Beliau mendedahkan bahawa sudah lebih tiga tahun tidak mengenakan hijab atas faktor kesihatan. Keputusan ini diambil selepas mendapat nasihat daripada doktor dan berbincang dengan suaminya.


"Saya sudah lama tak pakai tudung tetapi disebabkan kehidupan saya agak private jadi orang tak tahu," kata Shima ketika dihubungi kami. "Saya selalu berdepan migrain, jadi saya tak boleh kena panas sebab saya ada alahan. Selepas dapatkan nasihat dari doktor dan berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung. Bukan suka-suka saya buka."


Mengenai reaksi peminat terhadap penampilan terbarunya tanpa hijab, Shima menjelaskan bahawa dia bersikap terbuka menerima setiap komen, walaupun ada yang mengutuk keputusannya.


"Ramai yang mengutuk tapi saya abaikan sahaja. Kutuklah selagi mahu, saya terima sahaja sebab mereka tak tahu hujung pangkal. Terpulang kepada mereka nak cakap apa, itu antara mereka dengan Tuhan," tambahnya.


Sebelum ini, Shima telah memuat naik video di TikTok tanpa hijab yang menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen. Dalam video tersebut, Shima tampil dengan potongan rambut pendek dan mengajak orang ramai mengikuti akaun TikTok miliknya.


Apa pendapat anda tentang kisah Shima ini? Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda dan mari sama-sama kita hormati keputusan peribadi setiap individu.

Previous Post Next Post

Contact Form