Pelawak terkenal, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamad Sahar, kini berusia 38 tahun, terus menunjukkan komitmen sebagai seorang bapa meskipun berada berjauhan dengan anak-anaknya selepas perpisahan dengan bekas isteri, Rosa Serra. Walaupun jarak memisahkan, teknologi seperti panggilan video menjadi penyelamat bagi mereka kekal berhubung setiap hari. Shuk turut berkongsi yang dia akan terbang ke Sabah setiap kali ada masa lapang.
“Buat masa ini saya sibuk ulang alik ke Singapura, tetapi tanggungjawab terhadap anak seperti nafkah tetap saya lunaskan. Biasanya kami akan berkomunikasi menerusi panggilan video dan jika ada masa saya akan berjumpa di Sabah,” kata Shuk kepada kami.
Shuk ditemui pada sidang media pelancaran Dol's Podcast yang berlangsung pada Selasa lalu. Belajar daripada kesilapan lalu, Shuk kini lebih berhati-hati dan jarang berkongsi kehidupan bersama isterinya, Fara Salleh, di media sosial untuk mengelakkan sebarang perbalahan di kalangan pengikutnya. Dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang bekas isterinya, Rosa Serra, dan memilih untuk fokus kepada kebahagiaan anak-anak.
"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang bekas isteri tapi saya bersyukur dengan keputusan meneruskan kehidupan masing-masing dan fokus kepada anak-anak. Saya tidak akan bercakap sebab media sosial adalah media sosial. Apabila kita buka ruang orang mengata, secara tidak langsung wujud buli siber," katanya.
Untuk rekod, Shuk dan Serra bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Shuk kemudian menamatkan zaman duda dengan Fara pada November tahun lalu.
Bercakap mengenai Fara, Shuk menyangkal khabar angin yang mengatakan isterinya itu sedang hamil anak pertama mereka. "Belum berisi (hamil) lagi. Saya tidak menolak untuk ada anak dan kami pun tidak merancang sebab itu adalah rezeki," jelasnya.
Kongsi Artikel Ini!
Jika anda rasa artikel ini menarik, jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan anda! Tekan butang kongsi sekarang dan biar mereka juga mendapat inspirasi daripada kisah Shuk Sahar ini. Teruskan mengikuti perkembangan selebriti kegemaran anda di blog kami!