Tak Tahan Hidup Glamor: Ben Affleck & Jennifer Lopez Mula Renggang?


Dalam dunia ini, tiada perkahwinan yang tidak diuji, termasuklah pasangan selebriti terkenal Ben Affleck dan Jennifer Lopez. Meskipun Ben pernah menyifatkan Jennifer sebagai wanita idamannya, nampaknya kehidupan penuh glamor Jennifer mula memberi kesan negatif pada hubungan mereka.


Menurut laporan dari Page Six, perbezaan gaya hidup antara Ben dan Jennifer menjadi punca utama Ben semakin menjauhkan diri. Aktor itu dikatakan tidak selesa dengan perhatian melampau yang diterimanya selepas berkahwin dengan Jennifer.


"Ben tak tahan dengan gaya hidup Jennifer yang penuh glamor. Ben sedih tapi dia rasa itu yang terbaik," kata sumber tersebut. Selain itu, Jennifer juga dikatakan tidak pandai memisahkan kerja dan kehidupan peribadi, membuatkan Ben semakin meluat.


"Jennifer ada team yang ramai ikut dia setiap hari. Dia cuba buat Ben faham yang menjadi Jennifer Lopez adalah sebuah pekerjaan. Dia adalah sebuah jenama. Berbeza dengan Ben, dia boleh tinggalkan kerja bila-bila masa demi keluarga," ujarnya lagi.


Khabar angin mengenai perceraian pasangan ini semakin kuat apabila Ben dan Jennifer dilaporkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung. Malah, Jennifer juga dilihat bercuti ke Itali tanpa kehadiran Ben. Untuk rekod, Ben dan Jennifer mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.


Adakah ini bermakna kisah cinta Ben dan Jennifer akan berakhir lagi? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda!

Previous Post Next Post

Contact Form