Tom Ada Sebab Jarang ‘Update’ Fasal Anak Tiri, Teringin Berjumpa Bekas Isteri Fuad


Gara-gara jarang memuat naik foto anak-anak tiri, penyanyi Tom dituduh mempunyai masalah dengan bekas isteri suaminya, Fuad Rahman. Tapi, sebenarnya Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, diterima baik sejak mendirikan rumah tangga dengan Fuad dan sering menghabiskan masa bersama setiap kali pulang ke Singapura.


Tom menjelaskan bahawa dia jarang memuat naik foto mereka kerana menghormati privasi selain anak-anak tirinya sudah meningkat dewasa. “Mereka di Singapura dijaga oleh ibu mereka. Bila kami ke sana barulah keluar bersama. Lagipun mereka sudah besar dan sibuk luangkan masa bersama kawan-kawan,” katanya kepada kami.


Walaupun begitu, Tom berkata dia kerap berhubung dengan anak-anak tirinya di media sosial dan menyifatkan hubungan mereka mesra apabila bertemu. Mereka memanggilnya dengan gelaran ‘Mama Tom’ dan menganggapnya seperti rakan baik. “Mereka panggil saya Mama Tom, bila bersembang dengan mereka macam kawan-kawan. Mereka terima saya dengan baik. Kami pun selalu berhubung melalui media sosial cuma tidak ada berpeluk bagai kerana sudah besar semuanya,” kongsinya.


Namun, Tom mengakui dia masih belum berkesempatan bertemu dengan bekas isteri suaminya itu sepanjang hampir dua tahun berkahwin dengan Fuad. “Saya cuma belum sempat jumpa bekas isteri Fuad, selalu hanya dapat sampaikan salam melalui anak-anak. Memang teringin sangat nak jumpa dia tapi belum ada kesempatan lagi,” katanya lagi.


Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu Anggun yang dilahirkan pada Februari lalu. Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.


Kalau korang rasa cerita ni menarik, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang! Lagi banyak yang baca, lagi seronok kita nak update kisah-kisah menarik macam ni. 👇👇👇

Previous Post Next Post

Contact Form