Tuduhan Tak Bagi Jumpa Anak: Ria Ricis Kecam Ryan Yang Sanggup Upah Rider Hantar Balik Rumah!



Kehilangan Teuku Ryan pada sambutan hari lahir anaknya, Moana, pada 26 Julai lalu, memunculkan banyak spekulasi di kalangan netizen. Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ryan tidak hadir, dan spekulasi semakin kencang apabila Ryan menyalahkan bekas isterinya, Ria Ricis, kerana tidak membenarkannya bertemu dengan anak mereka.


Ria Ricis tidak membiarkan tuduhan itu berlalu begitu sahaja. Dengan nada marah, Ria menjelaskan bahawa sebenarnya jadual pertemuan dengan Moana sudah ditetapkan. Namun, Ryan yang memilih untuk tidak hadir.


"Tak sangka dia boleh tuduh saya macam ini. Jadual bertemu anak sudah pun diubah. Saya dapat bertemu pada hujung minggu sahaja, manakala dia pada hari biasa. Tapi dia tidak datang untuk jemput Moana!" ujar Ria dengan nada kesal.


Lebih mengejutkan, Ria mendedahkan bahawa Ryan pernah menggunakan perkhidmatan hailing motosikal seperti Gojek untuk menghantar Moana pulang.


"Moana pernah dihantar menggunakan Gojek sebab ayahnya tak mahu datang hantar sampai rumah saya. Tapi saya tak sampai hati tengok anak saya naik motosikal, jadi saya pesan kereta untuk dia," tambahnya.


Untuk pengetahuan, Ria dan Ryan berkahwin pada 12 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cut Raifa Aramoana, yang kini berusia 2 tahun. Malangnya, pasangan ini sah bercerai pada 3 Mei lalu di hadapan hakim Majlis Pengadilan Agama Jakarta Selatan.


Jangan lupa kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu terkini ini!

Previous Post Next Post

Contact Form