Vanessa Hudgens Kecewa: Foto Privasi di Hospital Tersebar Tanpa Izin!


Vanessa Hudgens, pelakon yang terkenal dengan wataknya dalam High School Musical, mengalami detik kecewa apabila gambar-gambar dirinya di hospital tersebar luas di media sosial baru-baru ini. Tindakan paparazi yang ceroboh ini tidak hanya mengganggu privasinya, tetapi juga menjejaskan kebahagiaan dalam kegembiraan menimang cahaya mata pertama pada 3 Jun lalu.


DALAM kegembiraan menimang cahaya mata pertama 3 Jun lalu, pelakon Vanessa Hudgens kesal apabila foto dia berada di hospital tersebar di media sosial.


Vanessa, 35, menyifatkan tindakan paparazi merakam gambarnya tanpa izin menggangu privasi dia dan keluarga.


"Kami kecewa apabila privasi keluarga kami pada waktu-waktu istimewa ini diganggu oleh paparazi.


Vanessa dan Cole mendirikan rumah tangga pada Disember tahu lalu.


"Apa-apa pun, saya dan bayi yang baru lahir selamat dan sihat!" katanya.


Vanessa berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di InstaStory.


Bagaimanapun, Vanessa sehingga kini memilih untuk tidak mendedahkan jantina dan nama cahaya matanya.


Sebelum ini, bintang High School Musical itu mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia hamil ketika muncul di acara karpet merah Anugerah Oscar pada Mac lalu.


Untuk rekod, Vanessa mendirikan rumah tangga dengan pemain besbol Cole Tucker pada 2 Disember tahun lalu di Tulum, Mexico.


: Jom Kongsi Kisah Ini! Beritahu kawan-kawan anda tentang pengalaman Vanessa Hudgens yang menarik ini. Kongsikan artikel ini untuk menunjukkan sokongan anda terhadap privasi selebriti dan mengetengahkan isu ini kepada masyarakat!

Previous Post Next Post

Contact Form