Yabang Khalifah Tegur Artis Lama Berebut Nama Kumpulan – “Masa Muda Bolehlah Tunjuk Hebat”



Vokalis kumpulan Khalifah, Yabang atau nama sebenarnya Awang Sulong Oyong, meluahkan rasa tidak senangnya melihat rakan-rakan seindustri bertelagah hanya kerana berebut nama kumpulan asal. Yabang berpendapat, pertikaian seperti ini hanya memberi persepsi buruk kepada masyarakat dan pelapis baharu dalam industri muzik.


Menurut Yabang, sebagai individu yang lebih berusia, seharusnya mereka mencari jalan penyelesaian secara baik dan bukannya bergaduh di media sosial. "Industri hiburan kita kecil sahaja, kita hanya akan 'bermain' dalam satu bumbung yang sama. Jadi, sepatutnya kita memberikan sokongan kepada rakan-rakan industri bukannya berpecah belah," katanya ketika dihubungi kami.


Yabang juga menegaskan bahawa tidak wajar bagi ahli yang sudah meninggalkan kumpulan untuk menggunakan nama yang sama. Mengambil contoh Joe Wings, Yabang berkata penyanyi tersebut tidak pernah menggunakan nama bekas kumpulannya sebaliknya memperkenalkan diri dengan nama baru, Joe Branko. "Memang tidak wajar, buat apa nak wujudkan kumpulan kedua? Kalau nak wujudkan pun, ia akan rosak kerana idea dalam kumpulan bukan hanya terletak kepada seorang individu. Ia melibatkan semua punya 'kepala' jadi kalau seorang sudah keluar, ia takkan jadi seperti kumpulan asal. Rasa dan semangat itu tidak akan sama," ujarnya.


Yabang turut menambah bahawa rakan artis yang masih menggunakan nama kumpulan asal adalah kerana tidak dapat bergerak sendiri tanpa dibayangi kisah lama. "Semuanya hanya sebab mahukan nama. Mereka tidak boleh hidup tanpa dibayangi nama kumpulan asal. Saya tidak marah mereka tetapi sepatutnya kita ini sudah tua patut beri contoh yang baik," jelasnya.


Sebelum ini, timbul kontroversi apabila ketua kumpulan Ukays, Amy, dan vokalis UK's, Amir, mempunyai pandangan berbeza terhadap penggunaan nama yang sama tetapi berbeza ejaan. Amir turut meluahkan rasa kecewa apabila kumpulan Ukays menggunakan lagu nyanyiannya sebagai promosi persembahan mereka.


Selain itu, isu yang sama turut melibatkan kumpulan Search apabila penyanyi Datuk Amy meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Din dan Kid (bekas anggota) yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa pengetahuan mereka. Amy juga mempersoalkan royalti album yang sepatutnya menjadi hak bersama.


Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada isu ini dan berusaha untuk lebih bersatu dalam industri muzik yang kecil ini. Kalau anda suka artikel ini, jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan anda!

Previous Post Next Post

Contact Form