Achey Risau Anak Sakit, Tiara Bakal Jalani Pembedahan Tonsil - Doakan Yang Terbaik!


Pelawak popular, Achey, kini dalam keadaan risau apabila anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah, bakal menjalani pembedahan tonsil pada Selasa ini. Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, 38 tahun, memohon doa dari semua agar pembedahan kecil itu berjalan dengan lancar dan Tiara cepat sembuh.


"Dalam doa kita semua, semoga pembedahan ini berjalan dengan baik dan Tiara cepat sembuh. Tiara anak ayah yang kuat, dan ayah harap semua doa dan sokongan dari yang menyayangi Tiara akan memudahkan segala urusan," ujar Achey dalam satu hantaran Instagram yang dimuat naik pada Isnin.


Achey juga meluahkan kesedihan dan kebimbangannya apabila melihat anaknya menanggung kesakitan. Menurut Achey, pemeriksaan doktor mendapati bahawa punca Tiara berdengkur adalah disebabkan oleh tonsil yang membengkak.


"Ayah memang lembik sikit bab ini. Kalau awak sakit, ayah rasa tak sanggup. Apa pun ayah akan buat yang terbaik untuk kesihatan awak. Terima kasih kepada semua yang menyarankan Tiara menjalani pemeriksaan. Hasilnya doktor menemui tonsil yang membengkak," katanya lagi.


Video Tiara yang tidur sambil berdengkur kuat pernah menarik perhatian netizen. Ramai yang menyarankan agar Achey dan isterinya membawa Tiara berjumpa dengan pakar untuk memeriksa kesihatannya.


Jangan lupa untuk turut mendoakan agar pembedahan Tiara berjalan dengan lancar dan dia segera sembuh seperti sediakala. Kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda dan sebarkan doa untuk Tiara!

Previous Post Next Post

Contact Form