Cardi B Marah Dituduh Putihkan Kulit Semasa Hamil: Anemia Sebab Kulit Pucat


Penyanyi rap Cardi B baru-baru ini meluahkan kemarahan selepas seorang pelayar X menuduhnya melakukan rawatan memutihkan kulit ketika hamil. Cardi, yang nama sebenarnya Belcalis Merlenis Cephus, menggesa individu tersebut untuk berfikir secara rasional sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas.


Cardi B, 31 tahun, menjelaskan bahawa kulitnya nampak pucat dan banyak urat timbul akibat masalah anemia yang dihadapinya, bukan kerana rawatan kecantikan seperti yang didakwa. "Buat rawatan putihkan kulit semasa mengandung? Kenapa awak fikir begitu bodoh? Saya tidak buat perkara itu. Saya ada anemia. Bayi ini membuatkan saya pucat, dengan mata hitam dan urat hijau keluar. Tolong berhenti fikir begitu," katanya dengan tegas.


Cardi B sebelum ini mempunyai dua orang anak, Kulture Kiara, 6, dan Wave Set, 3 tahun, hasil hubungan dengan penyanyi rap Offset. Namun, hubungan mereka tidak kekal lama dan Cardi baru-baru ini mengumumkan bahawa dia telah memfailkan perceraian terhadap Offset pada 1 Ogos lalu.


Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda!

Previous Post Next Post

Contact Form