Ramai yang tak sangka! Cik B, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, tiba-tiba tampil dengan imej bertudung yang manis. Video TikTok yang menunjukkan Cik B mengenakan hijab berjaya mencuri perhatian netizen dan menjadi perbualan hangat. Mana tidaknya, keayuaan Cik B semakin menyerlah dengan tudung, membuatkan ramai terlupa dengan imej tomboi yang pernah dibawanya sebelum ini.
Rupanya, percubaan untuk berhijab ini adalah demi memenuhi permintaan salah seorang pengikut setianya. Walaupun begitu, Cik B, atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mengakui bahawa dia masih belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya.
Dalam satu hantaran video yang dimuat naik, Cik B dilihat sedang dipakaikan tudung berwarna hitam oleh seorang perunding gaya. “Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga, kan,” tulis Cik B dengan penuh jujur.
Walaupun belum bersedia sepenuhnya, Cik B tetap bersyukur atas doa dan nasihat daripada netizen yang sentiasa mendoakannya agar terus berbuat baik. “Doakan Cik B ya. Terima kasih semua yang selalu nasihat dan doakan saya yang baik-baik,” ujarnya lagi.
Netizen di ruangan komen rata-rata memuji usaha Cik B dan memberikan dorongan agar dia menutup aurat sepenuhnya suatu hari nanti. “Cik B nampak cantik bertudung, ingat bidadari jatuh dari langit,” tulis seorang pengikut. “Tak apa Cik B, sentiasa doa nak pakai tudung dan buat secara perlahan-lahan,” tambah seorang lagi.
Anda rasa terinspirasi dengan kisah Cik B? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan dan keluarga untuk sama-sama mendoakan yang terbaik buatnya!