SEJAK video penahanan Fahimi Rahmat tular di media sosial, nama penyanyi ini tiba-tiba hangat dengan pelbagai tuduhan mengenai penggunaan barang terlarang. Namun, Fahimi atau nama penuhnya Muhammad Fahimi Rahmat, 27, dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.
Dalam sesi temu bual di podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus, Fahimi menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyentuh rokok, apatah lagi barang terlarang. Katanya, dia sendiri tidak faham mengapa ada yang menuduhnya dengan tuduhan yang tidak berasas.
“Saya tak tahu kenapa orang tuduh saya ambil barang. Saya langsung tak merokok apatah lagi ambil barang! Saya selalu baca komen kat media sosial orang cakap saya kacip, saya tak faham kenapa,” ujar Fahimi dengan nada kecewa.
Fahimi turut berkongsi bahawa bentuk fizikalnya mungkin salah satu sebab timbulnya dakwaan tersebut. Menurutnya, penampilan fizikal yang nampak penat dan kurus disebabkan tabiatnya yang tidak banyak makan mungkin telah menimbulkan salah faham.
“Mungkin sebab mata saya nampak penat yang membuatkan orang rasa saya ambil barang. Sejujurnya saya nampak kurus sebab saya jenis yang tak banyak makan,” jelasnya.
Mengulas tentang insiden penahanannya oleh pihak polis, Fahimi menjelaskan bahawa dia tidak ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah. Sebaliknya, dia hanya memenuhi permintaan polis untuk membuat video bersama kerana lagu hitnya, "Angau," sedang popular.
“Saya berdiri tepi jalan bukan sebab kena tahan ambil barang, tapi abang polis itu ajak buat video dengan dia. Video yang viral itu adalah video orang lain rakam dan bukannya video abang polis itu,” jelas Fahimi.
Jadi, untuk semua peminat dan pengikut Fahimi, mari kita sebar luaskan penjelasan ini dan pastikan kita tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tidak berasas. Kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda agar semua orang tahu cerita sebenar!