Fara Salleh Mengaku Minta Cerai: "Saya Tak Tahan Dengan Perangai Shuk Sahar!"


Pelawak terkenal, Shuk Sahar, kini terpalit kontroversi panas selepas isterinya, Fara Salleh, membuat pengakuan mengejut di laman Instagramnya. Fara membuka mulut mengenai masalah rumah tangga mereka yang menjadi topik hangat perbincangan di media sosial.


Menurut Fara, dia telah mengambil keputusan untuk meminta cerai daripada Shuk kerana tidak lagi tahan dengan perangai suaminya. Fara mendedahkan bahawa dia sudah hilang sabar dengan sikap Shuk yang sering menceritakan keburukannya kepada kawan-kawan rapat, sehingga mencemarkan nama baiknya.


"Saya minta cerai sebab dah terlalu penat. Kawan-kawan mereka ni kuat sangat, suka cerita buruk pasangan dalam group. Nama saya jadi buruk bukan sebab orang luar, tapi sebab mulut orang dekat," ujar Fara ketika dihubungi kami.


Dalam satu luahan hati di Thread, Fara menjelaskan bahawa dia telah banyak kali cuba mencari jalan penyelesaian, namun suaminya tidak pernah berubah walaupun selepas banyak perbincangan.


"Saya pernah ajak bincang, tapi tiada kesudahan. Perubahan itu sekejap saja," katanya.


Fara juga mengakui bahawa sikap suaminya telah mengganggu mentalnya, terutama sekali kerana dia tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan. Selepas berkahwin, Fara terpaksa menjauhkan diri daripada rakan-rakan untuk fokus menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.


"Dulu saya sibuk kerja dan ada kawan. Tapi selepas kahwin, saya kena buang semuanya. Mental jadi burn out sebab hanya fokus pada suami sahaja," jelasnya.


Fara dan Shuk Sahar berkahwin pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuk. Sebelum ini, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan pertama mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 8 tahun, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.


Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda!

Previous Post Next Post

Contact Form