"Fuji Dapat Kena Raba di Acara Larian! Netizen Salahkan Pakaian Seksi, Fuji Beri Amaran!"



Fuji, personaliti media sosial yang terkenal, baru-baru ini mengalami situasi yang mengejutkan dan memalukan semasa acara larian. Dalam satu video yang viral di media sosial, adik ipar Allahyarham Vanessa Angel ini kelihatan terkejut apabila seorang individu meraba buah dadanya ketika dia sedang berlari. Walaupun dikejutkan dengan tindakan tersebut, Fuji tetap tenang dan meneruskan lariannya.


Namun, apa yang mengejutkan adalah netizen mula menuding jari dan menyalahkan Fuji kerana pakaiannya yang dianggap menjolok mata. Mereka berpendapat bahawa pakaian Fuji telah "membuka ruang" kepada gangguan tersebut.


Fuji jelas bengang dan memberi amaran kepada netizen agar berhenti memutar belitkan fakta. "Pelik betul, padahal saya yang jadi mangsa diraba tapi kenapa saya yang disalahkan? Peringatan kepada semua, berhenti memutar-belitkan fakta. Dari pakaian sampai kawalan pengurusan saya, semua benda nak dikaitkan!" tegas Fuji.


Dalam pada itu, Fuji tidak menyalahkan mana-mana pihak secara khusus, tetapi berharap kejadian ini memberi iktibar kepada semua. Dia meminta agar peminat dan orang ramai tidak sesuka hati menyentuh mana-mana selebriti, apatah lagi melakukan gangguan seksual.


"Saya tak salahkan sesiapa memandangkan tempat itu pun ramai orang. Cumanya saya berharap selepas ini peminat tak akan sesuka menyentuh selebriti," tambah Fuji.


Mari kita semua ambil pengajaran dari kejadian ini dan tingkatkan kesedaran tentang pentingnya menghormati ruang peribadi orang lain. Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan supaya lebih ramai orang sedar tentang isu ini!

Previous Post Next Post

Contact Form