Ji Soo Kembali! Selesai Isu Buli, Kini Bersedia Menawan Dunia Seni Semula!


Setelah lebih tiga tahun menyepi, pelakon terkenal Ji Soo kini memberi bayangan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni. Dalam sebuah video yang dikongsi baru-baru ini, Ji Soo, 31, menceritakan perjalanan hidupnya yang penuh liku selepas terlibat dalam kontroversi kes buli ketika zaman sekolah.


Menurut Ji Soo, banyak perkara yang telah berubah dalam hidupnya. Bukan sahaja dia telah menamatkan latihan ketenteraan, tetapi dia juga telah bersemuka dan menyelesaikan isu dengan individu yang pernah menyebarkan berita buruk mengenai dirinya.


"Memang banyak yang berlaku dalam hidup saya. Saya telah selesai jalani latihan ketenteraan dan juga telah berbincang dengan rakan yang pernah berkongsi perkara buruk tentang saya. Kami sudah selesaikan semuanya. Hampir empat tahun sudah berlalu, dan kini saya sudah bersedia. Saya siapkan diri untuk mula kembali," kata Ji Soo dengan penuh semangat.


Dalam video tersebut, Ji Soo turut berkongsi hasratnya untuk melebarkan sayap dalam dunia lakonan antarabangsa dan kini sedang giat belajar bahasa Inggeris. Dia juga berminat untuk melibatkan diri dalam pementasan teater serta lebih aktif menghasilkan video pendek untuk saluran YouTube.


Pada Mac 2021, Ji Soo secara terbuka mengakui kesilapannya dalam kes buli dan memohon maaf kepada semua yang terkesan. Sebagai tanggungjawab, dia juga menarik diri daripada sebuah drama yang sedang dilakonkan ketika itu.


Nampaknya Ji Soo kini kembali dengan semangat baru, bersedia untuk menakluk dunia seni dengan lebih mantap!


Jom kongsi artikel ini dengan kawan-kawan korang! Siapa tahu, mereka pun rindu nak tengok Ji Soo kembali beraksi di layar perak.

Previous Post Next Post

Contact Form