Kontroversi Konsert Qalam: Pengarah Persembahan Disingkirkan, Noraniza Idris Terlibat?


Siapa sangka, di sebalik persiapan hebat Konsert Qalam yang bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada bulan September ini, muncul drama panas yang melibatkan pengarah persembahan. Anwar Rusdini, seorang pengarah dan penulis skrip, mendakwa dia telah dipecat dari pasukan konsert tersebut kerana tuntutannya untuk mendapatkan wang deposit tidak dipenuhi oleh penyanyi terkenal Noraniza Idris.


Menurut Anwar, konflik ini bermula apabila dia sering menuntut pembayaran deposit yang sepatutnya diterima untuk kerja penulisan skrip dan pengarah persembahan. Walau bagaimanapun, tuntutannya tidak mendapat sambutan positif. Anwar menyatakan bahawa walaupun dia telah menghantar quotation dan meminta surat perjanjian, semuanya sia-sia. Sehingga 6 Ogos, tiada pembayaran diterima dan dia telah dimaklumkan bahawa kerjanya tidak akan diteruskan selagi wang pendahuluan belum dibayar.


“Bila saya serahkan quotation, dia (Noraniza) cakap nanti dia mesyuarat dahulu. Saya minta surat perjanjian pun dia berdalih. Sampai 6 Ogos saya tak terima sebarang pembayaran. Saya beritahu kepadanya saya tidak akan sambung kerja selagi wang pendahuluan tidak dibayar. Akhirnya dia singkirkan saya daripada pasukan persembahan,” kata Anwar ketika dihubungi kami.


Anwar menjelaskan bahawa dia telah ditawarkan untuk bekerjasama dengan Noraniza pada bulan Julai lalu dan telah menjalankan beberapa tugasan, termasuk mencari tajaan dan menulis skrip. Namun, apabila tiba masanya untuk meminta deposit, dia dipecat daripada pasukan tersebut.


“Mulanya saya dipanggil untuk tulis skrip bagi konsert Kak Ani (panggilan Noraniza) yang akan datang, selepas itu saya diletakkan pula sebagai pengarah persembahan. Sedikit demi sedikit, dia (Noraniza) bagi saya buat kerja-kerja pengurusan seperti cari tajaan, banyak jugalah kerja yang saya kena buat. Skrip pun dah buat draf tujuh kali. Tapi sampai masa saya minta deposit, dia melenting. Padahal memang itu prosedurnya, sepatutnya bayaran masuk dulu baru kita buat kerja,” tambah Anwar.


Anwar kini dalam proses membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak mengenai prosedur kerja yang betul.


Untuk makluman, Konsert Qalam anjuran Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan dari 27 hingga 29 September depan. Pihak kami akan cuba mendapatkan komen dari Noraniza Idris mengenai dakwaan ini.


Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda supaya mereka juga dapat mengikuti perkembangan terkini mengenai kontroversi ini!

Previous Post Next Post

Contact Form