Lee Min Ho Serius Nak Kahwin? Pelakon Popular Ini Mula Pasang Impian Ada Anak Sendiri!



Pelakon kacak yang digilai ramai, Lee Min Ho, kini sudah mula memikirkan masa depan yang lebih serius. Pada usia 37 tahun, dia kini mempertimbangkan untuk menamatkan zaman bujangnya dan membina sebuah keluarga yang bahagia bersama wanita pilihannya. Wah, betul ke ni?


Min Ho berkongsi bahawa dia mula merancang masa depannya dengan lebih matang. Katanya, "Apabila saya memandang ke hadapan untuk 15 tahun yang akan datang, saya sedang berusaha mencari sesuatu yang lebih bermakna."


Eh, apa yang dimaksudkan Min Ho? Rupa-rupanya, pelakon ini sedang memikirkan soal perkahwinan dan impian untuk mempunyai anak. “Bukannya saya ingin berkahwin sekarang, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya merenung dan mempertimbangkan tentang perkara itu dengan serius,” ujarnya dalam satu sesi sidang media drama Pachinko 2 di Seoul, Korea Selatan.


Tak dapat dinafikan, khabar ini pasti membuatkan hati peminat Min Ho berdebar-debar, terutama sekali mereka yang sering berharap pelakon ini akan menamatkan zaman bujangnya. Min Ho juga pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Song Hye Kyo, yang merupakan antara pasangan ‘jangka panjang’ yang sangat disukai oleh peminat mereka. Walaupun Hye Kyo pernah berkahwin dengan Song Joong Ki, hubungan baiknya dengan Min Ho tetap menjadi perhatian.


Jadi, apakah Min Ho benar-benar akan melangkah ke alam perkahwinan? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut pelakon kegemaran ramai ini. Sambil-sambil tu, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang yang juga peminat Lee Min Ho! Siapa tahu, mungkin mereka pun teruja dengan berita ini!

Previous Post Next Post

Contact Form