Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda jika anda rasa ia menarik!
Personaliti media sosial, Maryam You Narae, baru-baru ini bersuara tentang kontroversi yang melibatkan suaminya, Ryzal Ibrahim, selepas satu video yang memuatkan lawak ‘double meaning’ mendapat kritikan hangat di media sosial.
Menurut Maryam, dia tidak perasan suara Ryzal ketika video tersebut dimuat naik ke Instagramnya. “Ketika saya muat naik video itu, saya memang tak perasan suara Ryzal ada dalam tu. Bila orang mula kecam, baru saya sedar,” katanya ketika dihubungi kami.
Maryam turut memberitahu bahawa dia telah menegur Ryzal selepas video itu mendapat pelbagai komen negatif. “Saya sudah tegur Ryzal mengenai lawak tersebut kerana saya pun tak suka lawak macam tu. Mungkin dia terbiasa dengan jenis lawak macam tu sejak dulu,” ujarnya.
Walaupun dia telah menegur suaminya, Maryam memilih untuk tidak memadam video berkenaan. “Saya nak Ryzal belajar dari komen-komen netizen dan perbaiki diri. Saya tak terlalu marah, tapi saya mahu dia belajar dengan cara yang baik,” jelasnya.
Maryam juga menekankan bahawa menggunakan kata-kata benci bukanlah ajaran Islam. “Kalau kita menggunakan kata-kata yang benci, itu pun bukanlah cara yang baik dalam Islam,” tambahnya.
Pada 8 Ogos, Ryzal, yang dikenali dengan nama sebenar Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, dikecam netizen selepas membuat lawak yang dianggap tidak sesuai mengenai isteri dan anaknya dalam satu video. Dalam video tersebut, Maryam berkongsi tip memilih buah tembikai yang manis, tetapi Ryzal mengaitkan saiz bahagian tapak tembikai dengan isteri dan anaknya.
Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda agar mereka juga dapat mengikuti perkembangan terkini mengenai isu ini!