Siapa sangka Remy Ishak, pelakon yang terkenal dengan gaya klasiknya, kini tampil dengan imej baru yang mengejutkan ramai. Semasa menghadiri sidang media untuk drama terbarunya, "The Secret", Remy telah memilih untuk menggayakan tindik hidung. Sudah tentu, penampilannya yang berbeza ini menarik perhatian dan komen ramai!
Menurut Remy, tindik hidung yang dipakainya adalah palsu dan hanyalah untuk tujuan fesyen semata-mata. "Ini cuma sekadar fesyen, bagilah peluang. Dulu tak boleh buat, nanti kena kecam sebab belum kahwin dan belum ada anak. Sekarang dah ada dua-dua tu, lantaklah kalau netizen nak kecam ke apa,” jelas Remy sambil tersenyum.
Pelakon berusia 42 tahun ini tidak teragak-agak untuk menunjukkan penampilannya yang baru, walaupun tahu ia mungkin akan mengundang komen negatif dari netizen. Di samping itu, Remy turut berkongsi mengenai kesihatannya selepas diserang Influenza B bulan lalu. Beliau bersyukur kerana isteri dan anaknya tidak dijangkiti penyakit tersebut.
“Bulan lalu saya kena Influenza B sewaktu buat teater dekat Melaka. Balik dari teater tu penat semacam dan bila buat ujian kena Influenza B. Saya risau kena jangkitan pada anak sebab isteri saya pun berjangkit daripada saya, tapi syukur antibodi bayi ni kuat. Seminggu saya kena kuarantin dan kerja lakonan lain terpaksa ditangguhkan,” tambahnya.
Drama "The Secret" yang akan ditayangkan di Viu pada 22 Ogos ini, menampilkan Remy dalam watak Amir. Selain Remy, drama ini turut dibintangi oleh Siti Saleha, Sara Mack Lubis, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar, dan Lorenzo.
Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan "The Secret" dan lihat bagaimana Remy Ishak membawa karakter Amir ke layar kaca! Juga, jika anda teruja dengan penampilan terbaru Remy atau sekadar ingin berkongsi berita menarik ini, jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda.