"San E Terlibat Dalam Insiden Panas: Pukul Orang Awam Hingga Gigi Patah!"



Dalam satu insiden yang mengejutkan, penyanyi rap terkenal Korea Selatan, San E, telah berdepan tuduhan serius. Pada 17 Ogos lalu, di sebuah taman di Mapo-gu, Seoul, San E atau nama sebenarnya Jung San, 39 tahun, didakwa menyerang seorang individu awam menggunakan telefon bimbitnya.


Insiden tersebut bermula apabila San E menegur cara individu tersebut menolak basikal berhampiran pintu masuk taman. Teguran yang pada mulanya dianggap biasa itu, bertukar menjadi tegang sehingga berlaku pergaduhan fizikal antara kedua-dua pihak. Malangnya, San E dikatakan telah menggunakan telefon bimbit dan objek lain untuk memukul individu tersebut.


Akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata dan turut kehilangan gigi. Namun, keadaan ini menjadi lebih rumit apabila pihak polis mengesahkan bahawa kedua-dua pihak terlibat dalam serangan tersebut, menjadikannya kes keganasan bersama. Walau bagaimanapun, individu tersebut tidak menggunakan sebarang objek sebagai senjata seperti San E.


Ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai insiden ini, pihak pengurusan San E memilih untuk berdiam diri, hanya menyatakan, "Kami tiada sebarang komen buat masa ini. Kami memohon maaf."


Kejadian ini pastinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat dan orang ramai. Adakah ini akan memberi kesan kepada karier San E? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.


Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda dan lihat apa pendapat mereka tentang insiden yang menggemparkan ini!









Previous Post Next Post

Contact Form