"Suami Cut Intan Nabila Ditahan Polis Selepas Gagal 'Cuba Cabut'"


Kemelut rumah tangga Cut Intan Nabila kini semakin meruncing apabila suaminya, Armor Toreador, akhirnya ditangkap pihak berkuasa Indonesia selepas cubaan untuk menyembunyikan diri gagal.


Pada malam Selasa, Armor ditahan oleh pihak polis Bogor ketika berada di sebuah hotel di Kemang, Jakarta Selatan. Penangkapan ini disahkan oleh wakil polis Bogor, AKBP Rio Wahyu Anggaro, kepada Media Indonesia.


Intan, yang telah lama menjadi mangsa penderaan, mengesahkan berita ini melalui media sosial. “Alhamdulillah, dia sudah ditangkap di salah satu hotel di Jakarta Selatan. Esok kami akan berikan maklumat lanjut,” ujarnya.


Sebelum ini, Intan pernah memuat naik video yang menunjukkan dirinya dipukul oleh Armor di Instagram. Dalam video yang kini tular di aplikasi X, Armor mengaku cuba melarikan diri dengan bersembunyi di hotel dan mematikan telefon bimbitnya untuk mengelak dari dikesan pihak polis. "Saya bawa barang-barang saya dari petang tadi ke hotel. Telefon bimbit ada tapi saya sudah matikan,” jelasnya.


Dalam pengakuan tersebut, Armor juga menyebut bahawa dia terpaksa mematikan telefon bimbit untuk mengelakkan jejaknya dikesan oleh pihak berkuasa.


Intan, yang mendirikan rumah tangga dengan Armor pada tahun 2020 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, telah mendedahkan bahawa dia bukan sahaja menjadi mangsa penderaan fizikal tetapi juga telah mengalami kecurangan sepanjang lima tahun perkahwinan mereka.


Jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini tentang isu ini, jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda!

Previous Post Next Post

Contact Form