Suga BTS Kena Kecam Lagi? Haters Hantar Trak Berapi di Depan Hybe!



Nama Suga dari BTS memang tak pernah suram, tapi kali ini kisahnya makin panas bila haters bertindak di luar jangkaan! Tak cukup dengan luahan marah di media sosial, mereka siap hantar trak dengan mesej kecaman keras di hadapan agensi Hybe, di Seoul, Korea Selatan.


Dalam mesej yang ditujukan khas untuk Suga, haters mendesak agar dia keluar dari BTS kerana dikatakan telah mencemarkan nama baik kumpulan itu. Tuduhan ini timbul akibat insiden lama di mana Suga pernah ditangkap menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.


“Suga seorang pemandu mabuk, penjenayah patut keluar dari kumpulan!”

“11 tahun usaha BTS sia-sia, awak yang hancurkan kumpulan awak sendiri,” begitulah bunyi mesej di atas trak tersebut.


Bukan kali pertama Suga menerima kecaman sebegini. Sebelum ini, peminat juga pernah menghantar 20 jambangan bunga di hadapan bangunan Hybe sebagai tanda protes terhadap tindakan Suga yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kontroversinya.


Insiden ini berlaku selepas Suga menjadi perhatian ramai apabila ditahan pihak berkuasa pada 6 Ogos lalu kerana menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk. Dia kemudiannya dibebaskan dengan pengawasan polis, dikenakan denda, dan lesen memandunya juga dibatalkan.


Dan kini, isu itu masih belum reda, ditambah pula dengan pelbagai dakwaan baru yang mengatakan Suga cuba mengelat dari latihan ketenteraan dan gemar minum alkohol.


Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan ARMY korang dan beri pendapat korang tentang kontroversi ini! #TeamSuga atau #TeamJustice?

Previous Post Next Post

Contact Form