Video Joget Azizah Salsha & Hotman Paris Tular, Netizen Berang Tapi Arhan Tetap Setia



Nama Azizah Salsha, isteri kepada pemain bola sepak terkenal Pratama Arhan, terus menjadi bualan hangat di media sosial. Terbaru, muncul pula sebuah video lama yang memaparkan Azizah berjoget bersama peguam tersohor Indonesia, Hotman Paris Hutapea, yang kembali menghangatkan perbincangan netizen.


Video tersebut, dipercayai dirakam beberapa tahun lalu di Kintamani, Bali, semasa musim COVID-19, menunjukkan Hotman yang berusia 65 tahun memakai tuala kimono merah, manakala Azizah pula berpakaian kasual. Hotman yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya itu turut memuji Azizah sebagai seorang wanita yang baik.


“Video kenangan di Kintamani Bali semasa musim COVID! Azizah seorang wanita yang baik,” tulis Hotman di akaun Instagram miliknya.


Namun, yang menarik perhatian ramai adalah reaksi netizen yang mempertikaikan sikap Pratama Arhan yang terus mempertahankan isterinya walaupun pelbagai kontroversi tercetus. Ruangan komen di Instagram Hotman penuh dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya mempersoalkan pilihan Arhan.


“Arhan, awak boleh berfikir tak? Kenapalah bernikah dengan Azizah,” kata seorang netizen.


“Kasihan... pilih wanita yang tepat untuk jadi ibu kepada anak-anak nanti Arhan,” tambah yang lain.


Namun, ini bukan kali pertama Azizah terpalit dengan kontroversi. Sebelum ini, dia juga dikaitkan dengan tuduhan berselingkuh dengan Salim Nauderer, kekasih kepada pempengaruh Rachel Vennya. Azizah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa rumah tangganya dengan Arhan masih baik.


Untuk makluman, Azizah dan Pratama Arhan telah melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2023.


Apa pendapat korang tentang isu ni? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang dan kongsi pendapat korang di ruangan komen. Makin ramai yang baca, makin meriah perbincangan kita!

Previous Post Next Post

Contact Form