Diana Danielle Lega Abang Bas Ditahan Polis, Bengang Kanak-Kanak Dijadikan ‘Content’ Media Sosial


PELAKON Diana Danielle baru-baru ini meluahkan rasa lega selepas pemandu bas sekolah yang rakam video kanak-kanak tanpa kebenaran ditahan oleh pihak polis. Video yang tular di media sosial memaparkan pelajar perempuan dijadikan konten, sekali gus menimbulkan kemarahan ramai, termasuk Diana.


Dalam hantaran Instagramnya, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Beeson, 33, menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan pemandu bas tersebut yang merakam wajah kanak-kanak tanpa izin. Menurutnya, walaupun pemandu itu mendakwa kanak-kanak tersebut adalah anak buahnya, tindakan tersebut tetap dianggap salah dan keterlaluan.


“Sebagai ibu, saya berasa puas hati dengan tindakan polis terhadap isu ini. Walaupun pemandu bas itu kata dia hanya rakam anak buahnya, kita tahu bahawa tidak semua keluarga rapat boleh dipercayai. Banyak kes yang melibatkan kanak-kanak diperlakukan dengan buruk oleh orang dekat mereka sendiri!” katanya.


Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk merakam anak mereka. Walaupun ada dakwaan bahawa ibu bapa tersebut tidak kisah, Diana menegaskan bahawa undang-undang yang melindungi hak kanak-kanak tetap wujud dan tidak boleh diketepikan.


“Pemandu bas itu cakap ibu bapa budak itu tahu dan okay saja dengan konten yang dirakamnya. Malangnya, walaupun mereka benarkan, undang-undang tetap melindungi hak kanak-kanak dan saya bersyukur untuk itu,” tambah Diana.


Pada pagi Jumaat, pemandu bas tersebut telah ditahan dan direman selama lima hari sehingga 10 September oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor. Perintah reman itu diluluskan oleh Majistret Suhaila Safi'uddin selepas permohonan dibuat.


Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda! Kita semua perlu berwaspada dan memastikan hak kanak-kanak sentiasa dilindungi.

Previous Post Next Post

Contact Form