SELEPAS heboh mengenai berita perceraian antara pelakon popular Fazura dan suaminya, Fattah Amin, Fazura baru-baru ini tampil berkongsi kata-kata hikmah yang menyentuh hati mengenai perjalanan hidupnya.
Fazura, yang juga dikenali sebagai Nur Fazura Sharifuddin, 41, menyatakan bahawa setiap individu memiliki jalan hidupnya sendiri. Dalam pos yang dimuat naik beberapa minit selepas berita perceraian mereka tersebar, Fazura menulis:
"Jalan ini adalah milik anda dan hanya milikmu, orang lain mungkin berjalan bersamamu tetapi tiada siapa yang boleh berjalan untukmu."
Foto hitam putih yang disertakan bersama kapsyen itu menunjukkan keanggunan dan ketenangan Fazura, walaupun dalam tempoh yang penuh cabaran ini.
Di Instastory pula, pelakon filem Pisau Cukur ini berkongsi satu lagi kata-kata hikmah yang memberi gambaran bahawa dia reda dengan ketentuan hidup:
"Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi."
Sokongan padu daripada netizen jelas terlihat di ruangan komen, di mana ramai yang memberikan doa dan kata-kata semangat buat Fazura:
"Terus kuat Faz (panggilan Fazura), semoga Allah permudahkan segalanya."
"Fazura yang saya kenal adalah seorang yang kuat semangat."
"Semua hanya sekadar pinjaman Allah di dunia ini, yang kekal hanya cinta sejati pada Allah, dunia dan akhirat," antara komen-komen yang diterima.
Pada pagi Jumaat lalu, Fazura dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, untuk memfailkan perceraian terhadap Fattah. Namun, butiran lanjut mengenai isu tersebut belum dinyatakan.
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga pasangan ini, tetapi Fazura menegaskan bahawa hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik. Fattah juga menyebut bahawa dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja, dan tidak mengetahui mengenai gosip yang beredar mengenai perkahwinan mereka.
Untuk makluman, Fazura dan Fattah, atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 3 tahun.
Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga dapat mengikuti perkembangan terkini dan memberikan sokongan kepada Fazura!