Hwasa, penyanyi popular dari Korea Selatan dan ahli kumpulan Mamamoo, sering menjadi bualan netizen kerana penampilannya yang dianggap terlalu berani. Pada tahun 2019, Hwasa mencetuskan kontroversi apabila muncul di hadapan umum tanpa memakai pakaian dalam, dan sehingga kini, imej tersebut masih hangat dibincangkan.
Namun, selepas sekian lama mendiamkan diri, Hwasa akhirnya berkongsi sebab sebenar mengapa dia memilih untuk tidak memakai baju dalam. Menurutnya, keputusan itu bukanlah sekadar soal gaya atau provokasi, tetapi lebih kepada masalah kesihatan yang dihadapinya.
"Saya tak selesa pakai coli. Setiap kali selepas makan, saya rasa kembung perut dan tidak selesa. Sejak kecil lagi saya ada masalah pencernaan, jadi pakai coli buat keadaan jadi lebih teruk," kata Hwasa dengan jujur.
Walaupun penampilannya sukar diterima ramai pada awalnya, Hwasa tidak gentar dengan kecaman. Malah, dia tetap setia dengan pilihannya, walaupun rakan sepasukannya terkejut dan menasihatinya untuk menukar gaya berpakaian.
"Mula-mula, ramai yang kecam saya, tapi sekarang ramai yang mula menerima cara saya berpakaian," tambahnya.
Setiap orang ada sebab tersendiri dalam memilih gaya hidup mereka, dan Hwasa telah membuktikan bahawa kesihatan dan keselesaan diri adalah yang paling penting.
Apa pendapat anda tentang keputusan Hwasa? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda dan lihat apa yang mereka fikirkan!