Ira Kazar Raih Pujian Netizen: Bijak Kunci Mulut Isu Cerai, Tak Meroyan Keluarkan Cerita Rumah Tangga



Kehidupan peribadi selebriti sering menjadi tajuk hangat di media sosial, namun Ira Kazar baru-baru ini telah menunjukkan contoh yang baik dengan memilih untuk tidak menghebohkan isu perceraian beliau dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof.


Biarpun isu perceraian mereka tular, Ira, yang juga dikenali sebagai Faghira Fatini Kazaruddin, 29, mengambil pendekatan matang dengan memilih untuk merahsiakan punca perpisahan tersebut. Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Ira menyatakan, "Sesetengah perkara lebih baik dibiarkan sahaja tanpa dibicarakan."


Di samping kapsyen tersebut, Ira turut berkongsi beberapa foto menarik dari sesi fotografi pakaian yang dijalankannya. Tindakan Ira ini mendapat pujian ramai kerana beliau tidak mengungkit masalah peribadi di media sosial.


“Hebatnya Ira, dia tak melalak ke sana-sini. Tak buka cerita rumah tangga di Instagram, dan jauh sekali daripada drama mahkamah. Terima kasih kerana tidak memanjangkan cerita yang tidak perlu kepada industri media,” puji seorang netizen.


Pada 5 September lalu, Ira dan Syamsul telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, selepas beberapa pelanggaran taklik yang berlaku sejak 14 Ogos lalu. Keputusan ini dibuat selepas meneliti dokumen yang dikemukakan oleh Ira pada 21 Ogos.


Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, dan mereka dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.


Bagaimana pula pendapat anda tentang cara Ira menangani isu peribadinya? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda dan lihat apa pendapat mereka!

Previous Post Next Post

Contact Form